assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
sesungguh nya martabat seorang wanita
telah diangkat ALLAH
dan
dimuliakan-Nya
sebelum kedatangan Rasulullah SAW,
masyarakat jahililiyyah
memandang hina kedudukan seorang wanita
anak perempuan umpamanya membawa 1 sial kepada keluarga
mereka ditanam hidup2 setelah dilahirkan
hina sungguh kedudukan seorang perempuan/wanita
di mata masyarakat jahiliyyah
mungkin juga mereka lupa
yang melahirkan putera2 yang menjadi kebanggaan mereka itu adalah berketurunan hawa
seorang wanita
dan
mereka juga berasal daripada percantuman
gamet2 daripada ibu dan bapanya
mana mungkin
gamet dari lelaki sahaja yang dapat menghasilkan benih2 yg "hidup"
dan
mana mungkin juga
si lelaki yang tidak mengahwini seorang wanita
tetiba je dapat anak..
siapakah yang mengandung nya?
atau mungkin
pada ketika itu
wanita tidak lebih daripada objek seks??
utk mendapatkan zuriat PUTERA SAHAJA
dan
sekadar memuaskan nafsu mereka
bukanlah
utk disayangi dan dilindungi??
"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"
-wanita by dehearty-
mana mungkin
wanita dilindungi pada zaman jahiliyyah
sedangkan wanita dilayan sehina2 nya
wanita seolah2 kilang menghasilkan putera2 yg berjasa
yang menjadi kebanggaan para suami
hina sungguh ya kedudukan seorang wanita..
:(
namun..
ISLAM telah mengubah segala2 nya
ISLAM tidak membeza2kan status lelaki mahupun perempuan
apatah lagi pangkat mahupun harta
ISLAM membezakan kita
melalui amal ibadat
melalui iman dan taqwa
so..
semua orang
ada equal chance utk dapatkan balasan yang baik di akhirat kelak
dan
ALLAH bg kita hidup ini
utk beramal demi hari esok
(i.e hari akhirat)
hidup ini ujian terbesar kita
selagi kita hidup
kita tak boleh lari daripada dugaan ini
sedikit ataupun banyak
hidup ini tetap satu dugaan terbesar bg setiap umat manusia
♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥
untuk ukhti2 ku..
inilah pesanan Rasulullah utk kita semua
yang bergelar wanita
hayati dan praktikkan bersama
inshaALLAH keredhaan ALLAH yang kita target
oleh itu
marilah kita sentiasa berpesan2 kepada kebaikan
dan
mengingatkan satu sama lain
jika tersilap
jadilah muslimah seperti di bawah
ikutlah guide2 yang Rasulullah SAW sertakan di bawah
mana mungkin
kata2 Rasulullah SAW suatu pembohongan
ia nya adalah kenyataan
ganjaran2 di sebalik nya jua adalah suatu kepastian
inshaALLAH
amiiin
♥ ♥ ♥ ♥
(Dipetik daripada Nasyid & Friends)
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
wallahua'lam
wsalam