Tuesday, 29 June 2010

syahadah itu penting...


assalamualaikum wbt

*******
bertemu kembali kita
semoga kita semua berada dalam limpah kurnia dan sentiasa diberkati ALLAH sentiasa
hari ini saya mahu mengimbau kembali islam dari titik permulaan seorang muslim
yakni kalimah syahadah seorang muslim
pada hari ini, saya berbekalkan senaskah buku yang berjudul
" Indahnya Hidup Bersyariat"
Modul Fardu Ain Diri, Keluarga, dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT
hasil nukilan
Dato' Ismail Kamus

*****

mungkin tajuk ini nampak terlalu simple
sentiasa pula dipandang enteng oleh sesetengah yang menggelarkan diri mereka muslim
namun
tahukah kita kalimah syahadah itu perlu sentiasa diperbaharui?
dan tahukah kita bahawasanya kalimah syahadah itu boleh saja terbatal samada kita sedar ataupun tidak?
ayuh kita bersama-sama membedah buku ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci perihal ini

*****

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

apakah itu syahadah?
pada asasnya; syahadah bermaksud penyaksian/pengakuan seseorang terhadap sesuatu
apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu

syahadatain pula bermaksud:
- dua kalimah syahadah di mana ia mengandungi dua bahagian syahadah

1. لا إله إلاَّ الله

PENAFIAN segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah, dan penyembahan pengisbatan bahawas ALLAH hanya ALLAH Tuhan sekalian alam

2. محمد رسول الله

PENGAKUAN kerasulan nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul dan utusan ALLAH

****

Syahadatain ini hanya akan diakui sah jika kedua-dua bahagia syahadah tersebut diikrarkan sekaligus. jika tidak, maka, syahadatain yang dilafazkan itu didefinisikan sebagai tidak sah

*****

secara basic nya; itulah kalimah syahadah
namun, bagi sesiapa yang pernah mengikuti SHAHADATUL HAQ mungkin definisi syahadah itu sendiri telah diperkembang menjadi sesuatu yang berkembang biak dan lebih mendalam tafsirannya
semoga pengertian itu lebih terkesan dalam diri setiap rijal dan nisa' masa kini inshaALLAH

****

apakah kelainannya?

syahadah setelah pemergian Rasulullah SAW didefinisikan sebagai suatu yang berbentuk lebih daripada sekadar definisi di atas
berdasarkan Syeikh Abul al-A'la al-Maududiyy, kalimah syahadah itu didefinisikan sebagai tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini (Islam) dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
kita tunjukkan juga kepada mereka pendekatan yang sebenar yang ALLAH telah tunjukkan kepada kit, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan pendekatan yang betul yang diredhai ALLAH..
satu-satunya pendekatan yang membawa kebahagiaan kepada seluruh umat manusia.

****
oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa istilah syahadah itu sendiri membawa maksud yang sangat broad
iaitu:
tanggungjawab kita untuk membuktikan bahawa kebenaran (haq) yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah yang kukuh untuk ALLAH menghukum hamba-hambaNya yang ingkar kelak
[4:165]

*****

setelah dilafazkan, apa pula syarat sah suatu syahadah itu?

1. diketahui oleh si pelafaz itu sendiri apakah yang telah dilafazkannya itu, beserta kesedaran mengenai tanggungjawab yang akan disertakan dengan lafaz syahadah itu jua
2. ditasdiqkan dengan hati
3. diikrarkan dengan lidah
4. diamalkan dengan anggota; dia hendaklah melaksanakan amal makruf nahi mungkar serta berusaha memperbaiki diri untuk mendekati ALLAH taala


*****

apa pula perkara-perkara yang dapat membatalkan syahadah itu?

1. nyata; terang lagi bersuluh; sekiranya seorang muslim itu sujud/tunduk kepada sesuatu selain ALLAH; mempersekutukan ALLAH
ingatlah bahawa ALLAH akan sentiasa mengampuni dan menerima taubat hamba-hamba Nya selagi belum pernah ia mempersekutukan ALLAH dengan yang lain

2. menghina atau memperkecil sesuatu yang telah ALLAH muliakan dalam agama Islam
- eg: nama-nama ALLAH, sifat-sifat ALLAH, al-Quran, hadith Rasulullah SAW, hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta laranganNya
- barangsiapa yang menginginkan hukum manusia mendahului hukum ALLAH dengan menyatakan bahawa hukum ALLAH itu tidak relevan pada zaman/keadaan tertentu, maka ingatlah bahawa syahadah antum berkebarangkalian telah terbatal
oleh itu, sentiasalah perbaharui syahadah dan pertingkatkan amal ibadah
hukum ALLAH tidak pernah tewas atau tak relevan; kerana Islam itu sendiri syumul, al-Quran itu pula Kalam ALLA, mana mungkin ALLAH yang Maha Mencipta ini ada pula cacat cela dalam pembuatan sesuatu hukum.
Bertaubatlah selagi pintu taubat itu terbuka luas

3. mengucapkan sesuatu yang berbaur kekafiran; seolah-olah perkataan itu apabila diperdengar kepada umum, membuatkan orang lain berpendapat ia bukan lagi Islam seperti mengisytiharkan secara terang-terangan bahawa ia bukan lagi Islam

4. perbuatan-perbuatan lain yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad
-eg: mengubah-ubah hukum ALLAH; yakni mengatakan yang halal itu haram ataupun sebaliknya
firman ALLAH dalam surah al-Baqarah [2: 217]
yang bermaksud:

" sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (islam) kemudian mati dalam keadaan kekeafirannya itu, maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka akan menjadi penghuni neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya"

*****

wallahua'lam

wassalam

sekadar peringatan untuk yang menulis dan yang membaca
semoga iman kita sentiasa diperbaharui dan sentiasa berada dalam paras yang diredhai ALLAH

amiinn


jazakallah khairan katheera

****


Tuesday, 22 June 2010

entri pertama di terengganu

assalamualaikum wbt

*******

alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki ke tanah air terchenta
dan
alhamdulillah jugak dpt bersua muka dengan famili setelah berbulan-bulan mengasingkan diri di bumi UK

mula-mula sebelum balik, semua makanan plan nak makan
tapi
bila dah sampai nak makan pun tiada selera sangat sebab penat lagi kot..

berbeza juga layanan omputeh dengan orang kita erk?
bila kat sana, pramugara pramugari semua senyum dan sentiasa willing to help us
tapi
bila penerbangan domestik terasa agak lain

krew flight akan bg 1st class layanan kpd tourists SAHAJA
kpd budak-budak yang macam takde duit ni
pandang sebelah mata pun tak

kalau mak cik pak cik yang ala-ala korporat baru dilayan dengan baik kalau local people
bila budak bawak beg galas, pakai ala-ala t-shirt murahan ni,
layanan macam kita ni tak bayar tiket pulak
kami tak menumpang ok?
kami bayar RM149+RM330 (extra charge) for that flight taw?
dah macam choose tiket first class udah harganya.. T-T

omputeh pulak yang ramah tamah bercakap
tanya pasal negara kita
places to visit
n etc
bila omputeh bercakap dengan kita,
mak cik pak cik yang ala-ala dato datin tu pandang semacam udah

yang lawak pulak
afta flight, omputeh tu siap tunggu depan pintu
only to wish me
"have a nice holiday with ur family"

ni la courtesy yang kita nak
non-muslims bukan semua perangai mereka tak elok
kalau tengok dari segi adab, mereka lebih beradab
kalau bertolak ansur, willing to help,.. mmg perangai mereka lah

kalau nak kutuk-kutuk mereka je memanjang tak boleh jugak
kalau yang baik, kita ikut lah
yang buruk, kita janganlah ikut
cth tadi, omputeh tu tanya kat trg ada pub, nite club tak
cakap je la takde
die cakap penat, terasa nak beli 1 beer, rehat kejap, then sambung jalan-jalan
then,
bgtahu je la
"why not u try to keep urself away from that stuff at least for awhile when u r at our place?"

dia cakap sambil senyum-senyum
"yeah i can do dat"

wallahua'lam la kata-kata tu betul atau tak
tapi yang penting,
bila some1 give any suggestion,
western have their tendency to accept, re-consider, make their own decision
tapi
yang penting
mereka takkan terus melenting bila tak suka apa-apa
so..
why not kita try ikut jugak perangai sebegini
barulah rakyat tak berpecah belah
ni kalau tengok dewan rakyat, parlimen, asyik-asyik nak cari kesalahan orang je
tolong la...
janganlah jadi seperti lalat asyik nak mencari keburukan orang lain
jadilah spt lebah
hanya menghisap nektar dr bunga-bunga/pohon2 yang terbaik kualitinya
lalu menghasilkan pula madu-madu yang sangat terbaik

lebah hidupnya sentiasa mencari kebaikan pada bunga-bunga yang dihinggapinya
dan
sentiasa pula bermanfaat kpd org lain

itu antara ibghah yang kita boleh dapat dr binatang yang pada zahirnya kecil sahaja berbanding kita
namun,
ibghah nya teramat besar

pilihlah mahu jadi yang mana

dan...
janganlah membeza-bezakan manusia
sedangkan kesatuan ummah yang dicari
jika betul inginkan kejayaan yang ALLAH nyatakan dalam al-quran itu
i.e kejayaan dapat menjauhkan diri dr azab api neraka dan masuk ke dalam syurga
ayuhlah kita sentiasa muhasabah diri untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta (ALLAH)
dan
bergerak ke arah itu

semoga kita sentiasa thiqah di jalan ALLAH...

wallahua'lam


-salam wbt-