Monday, 26 July 2010
JOM! Hari Pertama :)
Wednesday, 21 July 2010
Halaqah Sentuhan Qalbu: 20 Julai 10
[Surah al-Najm : 38-39]
Wallahua'lam
Sekadar pandangan peribadi hamba Nya yang masih meniti jalan mengenal ALLAH yang Maha Esa
Gejala membuang dan membunuh bayi ini merupakan suatu simptom. Allah SWT sudah pun menceritakan dua bentuk pembunuhan, yang disandingkan bersama dosa induk yang menjadi puncanya.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar”
[al-Israa' 17: 31]
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)”
[Al-Israa' 17: 33]
Kedua-dua ayat di atas jelas mengingatkan kita semua mengenai betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan membunuh sehinggakan ALLAH telah menjelaskan ia dengan agak terperinci menerusi al-Quran. ALLAH tidak akan berfirman sesuatu perkara yang dianggap remeh-temeh menerusi al-Quran, bahkan kesemua Kalam Nya menerusi al-Quran adalah perkara-perkara penting yang telah di-highlight-kan oleh Nya supaya kita mengerti. Ketahuilah betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah. Betapa merbahayanya kehidupan manusia apabila pembunuhan mengalami proses normalisasi. Namun dua ayat yang bercakap tentang pembunuhan sama ada kerana tekanan sosial atau akibat konflik besar yang berlaku antara manusia, kedua-duanya mengapit sepotong ayat yang amat berkait rapat dengan pembunuhan.
Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”
[al-Israa' 17: 32]
Ya, kedua-dua ayat yakni ayat ke-31 dan 33 mengiringi ayat 32 yang berupa larangan Allah terhadap kita mendekati zina.
Itulah perbuatan yang keji.
Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.
Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.
Namun pintu zina kembali terbuka.
Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.
Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.
ZINA bukan kesudahannya.
ZINA adalah permulaannya.
Bermulanya siri pembunuhan kejam. Berlaku saban hari. Zina dan pembunuhan mengalami normalisasi. Tidak pernah terbayang oleh pembuang bayi itu bahawa bayi itu mungkin dirinya 20 tahun yang lalu. Tidak…
Refer to : Blog Ustaz Hasrizal untuk keterangan lanjut.. Click link ini :)
Bagi yang masih ada keinginan untuk membunuh bayi anda sekiranya anda telah terlanjur, bayangkan bayi yang ingin dibuang itu adalah diri anda sendiri, ketika kita semua masih bayi, bagaimanakah gambarannya jika ketika itu, ibu bapa kita memilih untuk tidak memelihara kita dan membuang kita hidup-hidup ataupun sebaliknya dibunuh dengan kejam sekali.
Gambarkan sekiranya bayi tersebut berupaya untuk berbicara dan bercakap kepada ibu bapanya, apakah yang akan diucapkannya kepada mereka?
Ana terusik mendengarkan kata-kata ini menerusi HSQ pada malam semalam..
"Wahai ibu, wahai ayahku, kenapa engkau buang kami? kenapa engkau buang kami sedangkan kami adalah anak anugerah dari ALLAH"
Jika dahulu ibu sanggup melakukan apa pun untuk membuktikan cinta ibu kepada ayah, kenapa hari ini bukti cinta ibu dan ayah ini, dilontarkan lebih hina daripada sampah? Di manakah letaknya bukti cinta ibu dahulu itu? Kenapa ibu buang kami sedangkan ibu yang memilih jalan ini? Kami hanyalah suatu rahmat kurniaan Ilahi, dan pada kami tidak sedikitpun tercalit dosa-dosa yang telah ibu lakukan dahulu..Ibu, usahlah engkau perlakukan sebegini, sungguh kami akan menyayangimu kelak ibu..
Subhanallah..Sangat pedih rasanya apabila digigit oleh semut api ketika ajal sedang menjemput dalam keadaan yang penuh hina itu, sedangkan dirinya ALLAH telah muliakan dan pelihara daripada sebarang dosa dan kekotoran. Bagi ana sendiri, seringkali ana menyatakan kepada ahli keluarga, apabila melintasi jalan raya yang banyak kereta lalu-lalang, ana akan berkata "takutnya nak melintas, kalau dah sampai ajal, kalau betul ditakdirkan untuk mati, tak naklah mati dalam keadaan dilanggar dan mati dalam keadaan hina sebegini"
Jika mati dilanggar kereta pun ana tak nak, apatah lagi mati dalam keadaan dihina-hina sebegitu, mati dalam keadaan di-flush dalam mangkuk tandas, mati dalam keadaan digigit semut api, mati dalam keadaan busuk sampah sarap
Nauzubillah
Sentiasalah meletakkan diri kita sendiri di tempat yang hina sebegitu sebelum kita merancang untuk melakukannya kepada manusia lain yang tidak bersalah, apatah lagi kepada bayi yang nyata-nyata tidak bersalah itu.
Wallahua'alam